Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Novel: Erti Persahabatan Sejati - Last Episode
Khamis, 25 September 2014 • 12:43 PG • 1 comments

Hai, aku agak kelam kabut seketika. Aku sebentar tadi solat hajat untuk Juwita dan membaca surah-surah yang pendek untuk mengingati peristiwa dahulu. Baiklah, aku mulakan luahan yang terakhirku dengan lafaz Bismillahirahmanirahim...

♥*♥*♥*

Suasana kelam. Aku terjaga dari lena sebaik jam locengku berdering. Aku termenung. Hari ini hari jadiku yang ke-19. Teringat pula tahun lepas, Juwita menghadiahkanku tiga beg LV yang mahal lagikan bergaya. Beg itu masih kemas dan belum pernah diisi oleh apa-apapun. Aku mencapai tuala dan membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, aku duduk di ruang tamu. Aku menonton televisyen dan memandang skrin dengan kusyuk. Aku tidak boleh bergembira kini. Aku perlu belajar semula di universiti. Rancangan kegemaranku kini ialah Buletin Awani. Aku tidak lagi meminati rancangan hiburan. Aku sudah tidak boleh bergembira seperti dahulu. Aku perlu tumpukan perhatian 100% kepada pelajaran dan perlu lulus setiap subjek. Aku berharap agar segulung ijazah berada di tanganku satu hari nanti.

Makananku pada hari jadiku itu cuma roti bakar dan susu coklat. Aku kini tinggal di rumah sewa. Manakan boleh berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur. Berikan alasan yang agak logik untukku berteduh dari hujan dan panas terik mentari.

Tanganku bergerak mencapai laporan-laporan untuk kuliah nanti. Aku terbayang wajah Juwita melambai-lambai ke arahnya. Aku pantas menutup mata dan mengalirkan air mata. Aku lupakan sejenak mengenainya. Aku perlu kehidupan yang baharu! Aku tidak boleh putarkan semula masa! Aku perlu teruskan kehidupan.

Dalam dua puluh minit perjalananku ke Universiti Johor. Aku mendapatkan seorang manusia yang menunggu. Aku tersenyum kelat memandangnya. Itu Hanna, rakannya yang bersahabat sejak bangku sekolah rendah namun agak tidak rapat. Hanna memahami perasaanku. Itulah, penawar kehidupanku yang baharu. Aku terpaksa lupakan Juwita...

Juwita, I will miss you, forever and ever.

-TAMAT- -THE END-

Itulah luahan hatiku yang ku pendam. Selamat tinggal Juwita, jumpa lagi. Tamatlah sudah peristiwa bersejarah buatku. Moga terhiburlah dengan luahanku. Jumpa lagi sekiranya boleh. :)

Saya rindu awak jugak, sayang awak! Awak, harap awak dapat teruskan hidup tanpa saya di sisi, tapi saya tetap memerhati awak dari jauh... - Juwita

By: Wan Nur Arliana



+ +