Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Novel: Erti Persahabatan Sejati - Part 1
Selasa, 23 September 2014 • 2:24 PG • 0 comments
Langkahku berat. Berat sekali. Diiringi keluhan lemah menyusuli mulutku. Aku amat sedih teramat amat. Siapalah yang tidak sedih apabila kehilangan sahabat sekelip mata sahaja. Aku amat kesal dengan perangaiku dahulu. Aku kesal tidak berkompromi bersamanya. Aduh! Aku amat kesal. Mengapa aku terasa kesal? Dengarkan cerita sayuku ini. Harap kamu sudi mendengar.


*-*-*-*-*


1 Februari 2012, itulah tarikh yang dinanti-nantikanku. Itu adalah hari kelahirannya ke bumi yang nyata. Usiaku kini sudah mencapai 18 tahun. Pelbagai nostalgia pada usia remaja bakal ditutup satu tahun lagi dan aku akan menginjak dewasa. Aku amat gembira pada saat aku bangun dari mimpi yang lena. Aku tidak sabar menunggu petang ini.


Selesai aku mandi dan solat Subuh, aku turun ke bawah untuk sarapan dan menonton televisyen. Itulah rutinku setiap hari. Aku menamatkan pelajaran di Tingkatan 5 sahaja kerana sekolahku tidak membuka ruangan untuk meneruskan menimba ilmu di Tingkatan 6 kerana modal yang diperlukan amat tinggi. Lagipun, itu cuma sekolah kecil dan memuatkan 1500 pelajar sahaja. Oleh itu, kelas amat terhad.


Menutup topik persekolahan, aku membuka pintu dapur yang berukir indah. Aku mencapai senduk dan mencedok nasi goreng kampung kegemaranku. Aku sudah agak ibuku pasti menggorengkan nasi goreng kampung setiap ulang tahunku. Tetapi, kali ini aku meletakkan cili padi diatasnya. Aku kini menyukai cili padi dan menggemari makanan pedas. Tidak seperti dahulu, cuma makan manis-manis sahaja. Gigiku terus rosak. Aku terus fobia dengan tragedi itu dan mengurangkan makanan yang manis untuk dijamah ke mulut.


Pantas aku membawa sepinggan nasi goreng kampung dan secawan kopi panas menuju ke ruang tamu. Aku mencapai alat kawalan jauh televisyen dan memilih siaran yang ingin ditonton. Aku mencari-cari rancangan kegemaranku, Suka Lattew. Namun, pada jam itu tiada rancangan yang ku ingini. Aku mengeluh kecil. Oleh kerana itu, aku terpaksa membuka rancangan MeleTOP. Aku tidak suka mendengar gosip kerana ianya menjaga tepi kain orang. Bukankah kita rimas jika orang jaga tepi kain kita?


Kunyahan pertamaku, aku dapati rancangan MeleTOP terhenti. Televisyen terpadam. Lampu dan kipas terpadam. Aku terkejut beruk. Aku pantas mencapai kotak suis utama dan membuka semula elektrik. Aku terkejut apabila memandang keluargaku tersenyum riang dan membawa sedulang kek sambil menyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Aku memeluk ibuku yang tersenyum mekar.


"Terima kasih ibu, Kak Long pasti, ini mesti rancangan ibu kan?" soalku riang. Aku pasti. Ibuku selalu membuatku terkejut dan mengenakanku. Ibuku memang seorang yang periang dan agak sukar mahu lihat ibuku marah dan menangis hiba.


"Bukanlah, cuba teka?" balas ibuku. Soalan itu membuatkan pelbagai tanda tanya muncul di benak mindaku. Aku menggaru kepala dan berfikir. Setelah lima minit aku berfikir, jawapan muncul di mulut mungilku.


"Aha! Mesti idea Juwita kan?" Aku jamin jawapanku tepat. Tengku Juwita binti Tengku Ariffin, atau lebih mesra dan manja dipanggil Juwita, rakan karibku sejak dari bangku persekolahan. Juwita amat rapat denganku. Mendengar kisah pahit manis dan kisah cintaku. Pelbagai rintangan ku lalui bersama dengan Juwita. Juwita amat cantik. Rambutnya kerinting, kulitnya putih, badannya kurus ramping dan pipinya mulus tiada jerawat.


"Pandai anak ibu! Juwita yang cadangkan semua ni! Ha, Juwita! Mari sini!" arah ibuku kepada Juwita yang tersengih-sengih apabila namanya disebut. Wajah Juwita iras-iras Tasha Shila juga! Aku memeluk erat Juwita yang menunggu sejak tadi untuk mengejutkanku. Juwita melepaskan pelukan setelah dua minit lamanya.


"Owh, thanks so much Ju!" aku tersenyum manis memandang Juwita.


"Eh, takpe lah! Ini pun untuk awak juga!" Juwita mengenyit mata.


"Ok, ibu nak korang berdua ni pergi jalan-jalan dulu. Ibu nak hias rumah. Juwita, kamu bawaklah dia ke mana-mana pun. Balik sebelum pukul 11:00 pagi ya!" ibuku mengenyit mata tanda sesuatu. Juwita membalas kenyitan mata tanda setuju.


"Oklah, kami balik pukul 10:45 gitu ya makcik!" Juwita menyalam ibuku. Aku memeluk ibuku dan meraih tangan ibuku. Aku memang sudah berpakaian hijabistar saat itu. Berbaju blaus polkadot, berskirt labuh berlabuci indah, berselendang pashmina dan pin berkelip-kelip indah. Aku amat gembira menanti saat itu. Aku akan mendapat lesen nanti! Juwita sudah mempunyai lesen kerana dia lebih tua setahun berbandingku.


Bersambung....


Ok, terima kasih dapat dengar luahan hati pertama saya. Nantikan pula luahan hati seterusnya.


By: Wan Nur Arliana



+ +