Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Novel: Erti Persahabatan Sejati - Part 2
Selasa, 23 September 2014 • 3:10 PG • 0 comments
Hai, kita berjumpa lagi. Inilah luahan hatiku yang kedua. Aku amat sedih, dengarkan ceritaku ini...


*-*-*-*


Aku dan Juwita berjalan menuju ke shopping mall terkemuka Bangsar, Mid Valley dengan penuh semangat waja. Juwita berjanji, apa sahaja barangan yang aku pinta, akan dihadiahkannya kepada aku. Aku amat terkejut besar. Pada mulanya, aku menolak tawaran itu. Tetapi Juwita memaksa. Aku terpaksa akur dengan arahan Juwita. Hari ini hari lahirku, pastilah mendapat ganjaran yang hebat-hebat belaka. Juwita sememangnya kaya-raya kerana mempunyai susur-galur kerabat diraja.


Langkah kami berdua terhenti di kedai barangan Louis Vuitton. Juwita melangkah masuk menuju ke kedai itu. Aku benar-benar terkejut. Adakah Juwita mahu menghadiahkan ku dengan barangan Louis Vuitton yang mahal tidak terkata? Agak tidak logik kerana zaman sekarang, walau rakan baik sekalipun beg LV tidak akan diberi semudah itu walaupun orang itu orang kaya!


Juwita mengambil beg tangan LV, beg duit LV dan beg tarik LV sekaligus. Mataku terbeliak apabila memandang jumlah bayaran. RM 5000! Bukan seperti RM 15 seperti di Petaling Street dan Chow Kit. Juwita menghulurkan wang yang diperlukan dengan senang lenang sahaja. Aku menampar pipiku lima kali berturut-turut. Adakah ini realiti atau fantasi?


"Haa, inilah hadiah untuk awak!" Juwita menghulurkan tiga beg kertas berisi beg-beg yang dibelinya tadi. Aku tidak percaya langsung! Juwita menghabiskan RM 5000 semata-mata diriku yang lemah tidak berdaya ini? Aku tidak perlu diberikan hadiah sebesar itu! Aku ini manusia yang sederhana sahaja. Tanpa beg-beg itu pun aku boleh teruskan hidup.


"Erk? Kenapa awak bagi semua ni? Susah-susah je! Tak payahlah!" aku menolak hadiah yang ditawarkan Juwita. Aku amat risau dengan harta Juwita. Aku tidak mahu dilabel 'Gadis Makan Duit Orang!' Aku tidak mahu dilabel budak miskin, meminta harta daripada Juwita! Aku tidak mahu! Aku tidak mahu!


"Kenapa awak tak nak? Cuba bagitahu saya." jelas Juwita dan terus duduk di bangku yang tersedia berhampiran kedai LV yang disinggah sebentar tadi. Aku ragu-ragu membalas soalan itu. Namun, mulutku spontan menjawab,


"Em, saya malu!" selepas ayat spontanku dilontarkan, aku menekup mulut tanda terkejut. Mataku terbeliak besar. Aku tidak percaya ayat itu terkeluar daripada mulut secara tiba-tiba. Mengapa teruknya aku ini!? Aku pantas menampar pipiku.


"Malu apa pulak? Kita kawan baik dari zaman sekolah rendah kan?" Juwita mengangkat kening kanannya tanda hairan. Pelik benar perangaiku waktu itu. Dalam gementar, aku tetap membalas soalan yang tiada lagi jawapan yang muncul di mulut.


"Erm, saya malu sebab nanti orang anggap saya makan harta orang. Saya tidak mahu orang pandang keluarga saya miskin sangat sampai nak mintak harta dekat orang kerabat macam awak, Ju." aku tertunduk malu.


"Ish, pedulikan orang! Saya ikhlas nak bagi awak ni! Nah!" Juwita menarik tanganku dan menuju ke keretanya. Tiga beg kertas itu dibawanya. Wajahnya tenang namun agak serius juga wajahnya. Aku benar-benar rasa bersalah kepada Juwita.


Semasa perjalanan pulang, aku memberanikan diri bercakap bersama Juwita.


"Ju, I'm so sorry. Saya tahu saya salah. Maafkan saya ek?" suaraku rendah.


"Saya tak marahkan awak. Saya dah maafkan lama pun. Saya geram sebab awak boleh cakap sebegitu sahaja. But, saya sudah maafkan awak." Juwita tersenyum dan memberhentikan kereta di halaman rumahku. Jam menunjukkan pukul 10:55 pagi. Masih belum jam 11:00 pagi yang dijanjikan. Kami berdua pantas memasuki rumah dan terkejut memandang ruang tamu yang diubah suai itu.


"Allah selamatkan kamu,
 Allah selamatkan kamu,
  Allah selamatkan Kak Long sayang,
  Allah selamatkan kamu..."


Nyanyian seisi keluargaku membuatkan air mataku yang bertakung melimpah jua. Aku menangis kegembiraan dan meniup lilin yang terletak kemas di atas kek. 18 batang lilin tanda usiaku yang ke-18. Aku tidak mungkin lupakaan saat-saat manis bersama ibu dan bapaku, ops! Tak lupa juga Juwita....


Bersambung....


Okay, luahan kali ini tak berapa sedih, takpe, nanti luahan seterusnya mesti kamu menangis bengkak mata.....


By: Wan Nur Arliana






+ +