Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Novel: Erti Persahabatan Sejati - Part 3
Rabu, 24 September 2014 • 4:02 PG • 0 comments

Hai semua, kita bertemu lagi di luahan hatiku yang kecil dan tak mampu diluahkan dalam suara, namun tulisan sudah memadai dan mampu menitiskan air mata semua...
Selamat Membaca Semua...

♥_♥_♥

Langkahku lemah menuju ke pintu kereta Juwita. Memang penat benar melangkah kaki seluruh Pavillion yang besarnya kira-kira lima tingkat! Jenuh melangkah satu demi satu kedai selama 3 jam. Juwita bersemangat mahu membeli-belah kerana hari jadiku yang cukup istimewa itu. Seolah-olah hari itu hari yang paling bahagia baginya!

Kami bergerak menuju ke rumah. Hari sudahpun gelap. Juwita yang mempunyai masalah pemanduan dalam gelap itu tetap membawa kereta. Aku mahu saja menggantikannya untuk memandu. Masuk kereta pun Juwita sudah terketar-ketar, apatah lagi waktu memandu. Aku amat takut sekiranya ada kemalangan yang meragut nyawa berlaku.


"Ju, saya mahu pandu! Saya risaulah!" Aku pantas bersuara. Aku amat-amat gementar. Aku amat-amat takut dan kaget. Juwita benar-benar menggeletar tangannya sewaktu menekan butang radio. Aku tidak kisah sekiranya disaman, asalkan aku masih hidup!

"Tak payah! Saya boleh!" Juwita degil. Pantas Juwita meninggalkan tempat letak kereta itu, menuju ke Bangsar yang mengambil masa kira-kira 20 minit hingga 30 minit. Juwita masih menggeletar ketakutan.

"Hurm," Aku terdiam dan membuka telefon pintar. Membuka Facebook dan melayannya sebelum tiba di rumah. Boleh mendapat halwa telinga dengan lagu-lagu di radio Era yang rancak. Adakalanya aku menyanyi bait-bait lagu dan terhenti seketika. Terdengar juga celoteh DJ radio Aril Meletop 40 Era. Aku kusyuk membaca status yang terpampang dan menyanyi riang lagu-lagu dari radio.

Sekitar 15 minit aku kusyuk membaca status yang berjela-jela, bunyi tayar terseret kuat. Telefonku diseluk dan melihat apa yang berlaku. Mataku terbeliak memandang ke hadapan. Pokok besar! Juwita tidak sempat menggerakkan kereta ke simpang, sebelum melanggar pokok itu, Juwita berkata,

"Awak, jaga diri, saya sayang awak! Mungkin kita tak boleh jumpa dah! Kirimkan salam kepada ibu dan bapa saya. Kirimkan saya setiap hari dengan doa dan harapan. Saya pergi dulu, assalamualaikum! Jumpa lagi..." sebaik ayat itu dilontarkan, kereta itu bertembung dengan pokok besar itu....


Akhirnya, mataku terbuka secara perlahan-lahan. Aku memandang sekitar. Mengapa keluargaku dan keluarga Juwita ada di sini? Mengapa mereka menangis dan masam mencuka? Satu soalan muncul di benak minda. Aku bingkas membuka mata sepenuhnya.

"Ibu, ayah...kenapa ni?" soalku dengan perlahan.

"Kak Long....Ju...Ju..Juwita dah takde..." jelas ibuku dengan tergagap-gagap.

"Hah?!" aku mengucap panjang. Air yang bertakung di mata kini tumpah. Air itu mula mengalir di pipi mulusku. Air mata itu air mata kehilangan sahabat yang tercinta. Juwita! Mengapa kau pergi dahulu berbandingku? Aku yang sepatutnya pergi dahulu! Juwita! Kau kawan baikku sehidup dan semati. Kau kawan baikku yang sentiasa di sisi. Seketika aku teringat ayat-ayat yang dilontarkan sebelum rempuhan kereta itu,

"Awak, jaga diri, saya sayang awak! Mungkin kita tak boleh jumpa dah! Kirimkan salam kepada ibu dan bapa saya. Kirimkan saya setiap hari dengan doa dan harapan. Saya pergi dulu, assalamualaikum! Jumpa lagi..."

"JUWITA!!!!!" Aku menjerit lantang. Tangisan ku makin kuat.

Jelas, aku tidak boleh buat apa-apa lagi. Aku cuma boleh menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Aku bingkas bangun dari wad itu dan memakai kasut tumitku. Aku meraba-raba kepalaku. Ah! Itu cuma luka kecil yang diselaputi darah yang sudah dilitupi kapas. Aku perlu ke wad ICU sebelum Juwita dipindahkan ke bilik mayat.

"Eh, Kak Long! Nak ke mana?!" soal ibuku.

"Kak Long nak pergi jumpa Ju!"

Aku memasuki wad ICU. Kelihatan Juwita tersenyum sambil memejamkan mata buat selama-lamanya. Aku menangis dan mendekati jenazah Juwita. Aku berbisik ke telinganya dan berkata,

"Ju, kaulah kawan baikku. Kau pergi dulu daripada aku. Maafkan aku jika lakukan dosa kat kau. Aku maafkan semua dosa kau pada aku. Moga kau hidup aman dan damai di akhirat nanti.."

Aku mula menangis, merebahkan kepala di katil Juwita. Aku akan kehilangan insan ketiga yang ku cintai.....Selamat tinggal, Juwita...

Bersambung....

Hurm, Juwita sudah pergi buat selamanya..Siapakah penemanku selepas ini? Nantikan luahanku yang seterusnya...

By: Wan Nur Arliana





+ +