Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Jodoh Kita Pasti Bertemu - Bab 1
Ahad, 19 Oktober 2014 • 3:32 PG • 0 comments

Husna memandang jari-jemarinya yang menari-nari. Kukunya berwarna oren kerana inai yang dipakainya. Husna berasa amat-amat gementar. 3 bulan yang ditunggu sekelip mata menjadi 3 minit sahaja lagi untuk dia berkahwin dengan Harris, anak lelaki kepada Encik Juhari dan Puan Katrina. Husna memang tidak sangka. Sebaik Husna terlanggar Puan Katrina di klinik 3 bulan lepas akan membangunkan sebuah perkahwinan yang penuh gilang-gemilang. Husna sudah tidak mampu menahan rasa teruja. Jika tidak ada sesiapa di dalam masjid itu, dia pasti akan melompat seperti kanak-kanak Ribena!

Namun, senyuman mekarnya lenyap sebaik sahaja kelihatan bapanya, Encik Yahya dengan wajah cemas. Lelaki yang berbaju Melayu songket itu sudah pucat lesi wajahnya. Husna sudah berkerut-kerut dahinya. Encik Yahya segera mendapatkan ibu Husna, Puan Mastura dan membisikkan sesuatu ke telinga wanita yang berusia 50-an itu. Puan Mastura hanya mampu mengucap panjang sebaik mendengar sebuah berita yang tidak menyenangkan hatinya. Husna sudah bingung. Apa yang berlaku?!

"Ibu, apa yang dah jadi?" hati Husna sudah tidak senang. Tidak mungkinlah perkahwinan mereka terbatal? Jika terbatal, Husna akan merana buat selama-lamanya kerana Husna memang sudah menyimpan perasaan cinta kepada Harris, selaku jejaka idaman Malaya yang kacak dan bergaya. Harris pun sudah berjanji supaya mereka berdua akan menjalankan perkahwinan itu dengan penuh gilang-gemilang. Tidak mungkinlah perkahwinan itu tertangguh atau terbatal? 

"Husna, Husna bawak bertenang ya. Tarik nafas dalam-dalam. Ada berita yang tak menyenangkan," jelas Encik Yahya. Sebenarnya, pasangan suami isteri itu tidak sampai hati hendak memberitahunya. Sudah jaminlah Husna akan menangis teresak-esak sehingga ke pagi. Husna memang sudah menunggu perkahwinan itu berlaku sejak 3 bulan lepas lagi. Tetapi, mereka terpaksa memberitahukan hal yang sebenar-benarnya.
"Ya, Husna dah bertenang. Apa yang berlaku ni, ibu, ayah?" Husna sudah menjongket kening. Dia benar-benar mahu tahu apa yang berlaku. Husna memang sudah cemas. Takut-takut ada apa yang berlaku kepada bakal suaminya itu. 

"Harris tak dapat datanglah, sayangku," jelas Puan Mastura pendek. Semangnya intonasinya sungguh lemah dan sedih. Dia jamin 100%, anaknya akan menangis tidak henti-henti sehingga ke pagi esok. Matanya akan pasti lebam kerana tangisan yang tidak berhenti. Husna bakal hilang selera makan, tidak boleh tidur dan datanglah penyakit gastrik yang berbahaya. Sejak dari kecil lagi, Husna menghidapi penyakit gastrik. Jika tidak makan secukupnya, dia akan diserang penyakit itu.
"APA!?" 
Bersambung....



+ +