Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Jodoh Kita Pasti Bertemu - Bab 2
Ahad, 19 Oktober 2014 • 3:53 PG • 0 comments

"Kenapa pulak Harris tak dapat datang?! Dia accident ke? Dia demam ke? Ayah, bagitahu Husna sekarang jugak!" Husna sudah tidak mampu menahan rasa sebak di hati. 1001 bayangan yang dibayangkan Husna kepada Harris. Harris mungkin kemalangan?! Mengapa dengan senang lenangnya Harris tidak hadir ke majlis yang paling penting buat seumur hidupnya!?

"Mungkin Husna perlu baca nota ni," Encik Yahya menghulurkan sekeping nota kecil yang tertulis sesuatu hasil tulisan Harris, yang sepatutnya menjadi suaminya pada tarikh keramat 19 Oktober 2014 ini, tetapi ke mana dia menghilang?

Dear Husna,
Maafkan Harris sebab tak dapat nak teruskan perkahwinan kita.
Harris terpaksa pergi Sydney hari ini juga.
Harris memang nak teruskan perkahwinan kita.
Tapi Harris tak boleh.
Bukan setakat kena pergi Sydney,
Mungkin kita ni dah tak ada jodohlah.
Okay, tu saja yang Harris nak bagitahu Husna.
Harris dah tak suka Husna. 
FROM: HARRIS HAFIZI with feel sadly.. ♥

"Harris! Sampai hati awak buat saya tertunggu-tunggu! Saya bukan tunggul hendak diketuk-ketuk sesuka hati! Saya manusia! Saya ada perasaan dan akal!" Husna sudah menjerit lantang sambil menangis hiba. Husna sudah melarikan diri keluar dari bangunan yang tersergam penuh indah itu. 

"Husna! Tunggu!" Puan Katrina mengejar Husna yang sudah berlari-lari anak. Anak dara manalah yang tidak marah bercampur sedih apabila perkahwinan terbantut? Anak dara manalah yang tenang dan gembira apabila perkahwinan terbatal? Tiada siapa! Semuanya mahu perkahwinan mereka menjadi gilang-gemilang dan bahagia selamanya! 

"Apa lagi Ummi Kath mahu?! Husna ni ada manusia! Bukannya barang boleh pakai buang! Husna ada maruah! Husna tak nak maruah Husna kena pijak-pijak dengan Ummi Kath! Ummi Kath dah mainkan perasaan cinta Husna!" Husna menangis hiba sambil menjerit-jerit seperti orang histeria.

"Husna! Bukan salah Ummi Kath, sayang! Harris yang tiba-tiba pergi Sydney senyap-senyap! Bukannya Ummi Kath yang suruh dia pergi!" 

"Huh! Ummi Kath dah pandai tipu Husna! Ummi Kath permainkan Husna, sekarang nak tipu pula? Memang Husna tak percaya! Husna benci Ummi Kath! Husna tak nak jumpa Ummi Kath dah!" kata Husna sebelum menaiki kereta Mercedes miliknya menuju ke rumah.
"HUSNA!!" 
Brek! Puan Mastura pantas mendekati Puan Katrina. Wajahnya berkerut seribu. Diekori suaminya, Encik Yahya. Puan Mastura sudah hilang tahap kesabarannya. 
"Hey Katrina! Sampai hati kau mainkan anak aku ya?! Anak aku tu ada maruah! Kau pijak-pijak maruah dia! Ingat dia tak ada perasaan? Yang kau bagi si Harris pergi sana buat apa!? Pergilah sana time honeymoon! Kan bagus!" hilang sudah intonasi lembut suara Puan Mastura.
"Sabar...sabarlah Mas..Harris bukan sengaja..." Encik Yahya cuba memujuk.
"Tak sengaja abang cakap?! Dia kata dia dengan Husna dah tak ada jodoh? Dia ingat kita beli hantaran dengan daun kering? Dia ingat set baju kahwin yang kita tempah ni dapat free? Memang kena ajar sikit si Kath ni!" Puan Mastura sudah membebel, tidak puas hati walaupun dipujuk si suami. Maruah anak terpijak, ibu mana tidak marah?
Bersambung....



+ +