Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Jodoh Kita Pasti Bertemu - Bab 3
Isnin, 20 Oktober 2014 • 6:44 PTG • 0 comments

Puan Mastura mengeluh. Encik Yahya sudahpun melepaskan keluhan yang amat berat. Wang yang dikumpulkan semata-mata anaknya yang ingin menjadi suri hati Harris sudahpun habis kerana membeli hantaran, gaun pengantin, bunga telur dan bermacam-macam lagi keperluan yang dibatalkan.

"Membazir duit Mas je beli semua benda ni! Alih-alih cancel. Huh! Si Harris tu memang cari pasal dengan anak kitalah, bang! Saya dah naik gila! Hah, si Kath tu buat tak tahu je! Macam si Husna tu tak ada perasaan langsung! Macam Husna tak ada maruah walau sikit pun! Senang hati je anggap anak kita tu barang! Boleh ambil dan buang!" Puan Mastura sudah membebel panjang di dalam kereta itu. Ibu manalah yang mampu duduk diam apabila perkahwinan anak terbatal?

"Mas, sabar je. Lagipun bukannya Kath sengaja. Dia pun tak tahu si Harris budak bertuah tu boleh pergi Sydney. Sabar jelah." jawab Encik Yahya pendek. Dia tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Lagipun, lelaki itu turut sama menyimpan rasa geram kepada Harris yang senang-lenang sahaja boleh lari ke Sydney. Kemudian, kata tiada jodoh dengan Husna.

Husna seorang gadis yang periang, sentiasa tersenyum dan suka bergurau. Husna juga seorang gadis yang cantik dan peramah orangnya. Tetapi, perkara yang dilalui sebentar tadi membuatkan hati Husna menjadi perit, pedih dan sakit. Mungkin sejak tragedi itu, perangai Husna akan berubah serta-merta. Senyumannya akan pudar dan makin pudar. Mungkin Husna juga akan berubah menjadi seorang yang serius selepas ini.

"Abang boleh kata Mas sabar?! Abang dah gila macam Kath ke?! Husna anak saya, anak kita! Maruah dia dah kena pijak-pijak dengan si Kath dengan anak gila dia tu, si Harris Hafizi! Sekarang, Mas akan bermusuh dengan Kath! Sepatah ayat pun Mas tak akan bagi kat Kath!" Puan Mastura sudah naik marah. Kata-katanya jelas tiada kompromi lagi dengan suaminya.
                                 
                                                                         ♥

Husna duduk di birai katil, sambil memeluk erat kakinya. Tangisan Husna masih belum terhenti. Husna tidak dapat bayangkan sekiranya dia bertemu dengan Harris. Pasti dia akan membebel sehingga ke pagi esok. Husna akan memarahi Harris seteruk mungkin! Hatinya sedang panas membara! 

"Harris..sampai hati awak buat macam ni kat saya ye...Tak apalah...mungkin awak memang tak suka kat saya. Tapi, awak teruskan je lah perkahwinan tu...Lepas tu nak cerai, cerai jelah. Sekarang ni, maruah saya dah kena pijak sebab awak! AWAK!!" jeritan itu cuma dilepaskan di dalam hati sahaja. Tidak mahu dia menjerit. Nanti dilabel histeria pula.

Husna mengeluh berat. Mungkin itulah takdirnya...ditinggalkan bakal suami di majlis perkahwinan sendiri. Mungkin itu ujian daripada Allah S.W.T. 

Bersambung....





+ +