Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Jodoh Kita Pasti Bertemu - Bab 4
Rabu, 22 Oktober 2014 • 10:48 PTG • 0 comments
Langkah Husna berat. Berat sekali. Dia bakal menempuh pelbagai soalan yang perit untuk menjawabnya. Hatinya bakal panas mencurah-curah. Dia bakal memulakan hari bekerjanya lebih awal daripada tempoh cuti yang diberikan dek perkahwinan yang terbantut itu. Para pekerja yang bekerja setempat dengan Husna memang mulutnya spesis tidak boleh ditutup. Yalah, pepatah ada mengatakan, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak. 

Husna mencipta pelbagai alasan agar tempoh cutinya lebih lama. Tidaklah nanti dia akan disoal beribu soalan. Tetapi, orang tuanya tidak membenarkan sama sekali. Aduh! Husna bagai hendak menimbus mukanya ke dalam tanah. Sakit hati! Perit! Asyik-asyik terbayang wajah Ummi Kath yang menyakitkan hatinya. 

"Urgh! Sudah sampai rupanya! Huh! Baik aku lari rumah. Nasib aku dah simpan baju siap-siap. Boleh aku lari terus!" Husna sudah menanam azam. Pintu utama Syarikat Kristal Hartamas itu ditinggalkan. Pantas Husna berlari menuju ke keretanya semula dan memasang enjin. Bangunan itu ditinggalkan. Kini, destinasinya ialah KLIA. Dia akan ke luar negara! Menenangkan diri buat seketika. 


Husna memejamkan matanya. Dia langsung tidak menempah apa-apa agensi untuk pelancongannya. Jadi, dia terpaksa mencari hotel yang murah harganya. Yalah, pelancongannya tidak dirancang langsung. Husna akan ke Sydney, Australia. Dia akan melelapkan mata. Kata pramugari, perjalanan itu mengambil masa lebih kurang 19 jam lamanya.

"Husna?" tiba-tiba kedengaran sebuah suara yang amat dikenalinya. Husna menoleh.

"Heliza! Ya Allah, kau rupanya! Lama tak jumpa! Mati-mati aku ingat pramugari tadi!" Husna sudah memeluk sahabat lamanya itu.
Heliza, atau nama sebenarnya Nur Shuhada Hefliza, berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Bangsar. Husna dan Heliza berpisah pada usia 17 tahun lagi. Husna pada awalnya menetap sebelah rumah Heliza, namun telah berpindah ke Kelana Jaya. Memang agak sukar ingin berjumpa kerana jauh teramat. Tidak sangka, mereka telah menaiki kapal terbang yang sama.
"Cantiknya kau sekarang. Jeles pulak aku. Oh ya, kan hari tu kau nak kahwin? Ni honeymoon ke? Mana suami kau?" Heliza menyoal Husna dengan intonasi yang penuh rasa ingin tahu. 
"Urm, ini bukan honeymoon. Perkahwinan aku cancel."
"WHAT?!"
Bersambung.....



+ +