Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Kata-kata Semangat Untuk Anda.
Ahad, 19 Oktober 2014 • 12:57 PG • 0 comments

                             

                   Kata-kata semangat yang saya mahu kongsikan kepada anda. :) 
Bolehlah copy dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. :)
Kata-kata semangat yang saya reka ini mampu membangkitkan semangat saya untuk terus mengupdate blog dan menulis novel. 

Jika Anda Kesedihan, Inilah Kata-Kata Semangatku:
"Jangan kau bersedih, kesatlah air matamu. Jika kau kehilangan seseorang, tenang. Itu semua dugaan yang perlu dihadapi sebagai hamba-Nya. Kesatlah air mata, teruskan perjuangan. Teruskan perjuangan dalam amal ibadatmu."

Jika Anda Gembira, Inilah Kata-Kata Semangat Untuk Menambah Gembiramu:
"Janganlah kau lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah. Ini ganjaran buat kamu daripada-Nya kerana kamu telah taat kepada-Nya. Janganlah kamu hanyut di dunia sahaja. Di akhirat kamu mahu gembira dan bahagia, beramallah. Kamu akan diberi ganjaran syurga,"

Jika Anda Seorang Pemalas, Ingatlah Kata-kata Semangat Ini:
Teruskan perjuanganmu. Janganlah dikau berpatah balik kerana cinta. Jangan toleh lagi ke belakang. Biarkan perkara yang dicintai itu lepas. Kerana jika dikau berpatah balik, engkau adalah seorang pengecut dan tidak boleh menerima masa depan. Engkau juga akan ditinggalkan rakan-rakanmu yang sudah maju ke hadapan. "

Jika Anda Sedang Marah, Hafal Kata-Kata Semangat Ini:
"Sabarlah. Kamu sedang ditimpa dugaan. Sewaktu kamu marah inilah syaitan akan menghasut dan terus menghasut. Hasutan syaitan tidak akan berhenti selagi kamu tidak reda daripada marah. Ucapkanlah ' astaghfirullahaladzim'  dan tarik nafasmu sebanyak 3 kali, dan marahmu akan reda,"

Semoga anda suka. Jika tidak, dan mahu kritik silakan di comment. :)
Sekian, terima kasih. :)





+ +