Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Rahsia Fasharina Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes.
Jumaat, 7 November 2014 • 9:32 PTG • 0 comments
Fasharina binti Tan Sri Hisham, atau nama panggilannya Fasha, siapa tidak kenal? Merupakan Ketua The Wannababes yang kaya lagikan popular. Tiada siapapun yang boleh menandingi kuasa yang terlalu hebat yang dimiliki oleh Fasha.
Fasha sangat hidung tinggi dan terlebih dos gedik. Siapa yang berani cuit Fasha, mereka lebih rela kerat jari. Guru yang mana berani merotan Fasha, pasti dipindahkan ke Sekolah Hulu Tembeling. Sememangnya Fasha mempunyai kuasa dan tahap glamor yang tinggi.

Pernah membuli Mimi Morinna binti Mokhtar, selaku pelajar baharu di Sri Bangsar yang bersikap bersahaja dan comel orangnya. Shazarina dan Farah Aryani pernah dibulinya akan tetapi ditakut-takutkan dengan gambar mereka yang tidak senonoh di The Glitter.
Pelbagai rancangan dan sabotaj jahat dijalankan oleh The Wannababes semata-mata ingin mendapat apa yang dipinta. Sanggup meredah Kampung New York yang sebenarnya dianggap New York, bumi fesyen.
Akan tetapi, Fasha mempunyai masalah besar yang tidak mampu dibebaskan oleh mana-mana wartawan gosip termasuklah sahabat karibnya, Linda yang ditugaskan mencari gosip. Fasha memang tidak sanggup hendak memberitahu walau sesiapapun. Fasha lebih berdiam diri dan menutup kisah itu dengan dunia hiburannya.
Fasha mempunyai masalah keluarga, pertelingkahan Tan Sri Hisham dan Toh Puan Sri Zazarina yang belum selesai. Fasha tidak mampu mendapat belaian kasih sayang sepenuhnya seperti rakan-rakan yang lain. Tiada langsung curahan kasih sayang dan belaian mesra kepadanya. Tan Sri Hisham sibuk dengan kerjanya, manakala ibunya, Toh Puan Sri Zazarina memang tidak lekat di rumah langsung. Ada sahaja alasan yang diberi agar tidak duduk di rumah.
Malah, Fasha tidak pernah merasa masakan air tangan ibunya. Fasha terpaksa membeli makanan di kantin sewaktu pulang dari sekolah. Ada kalanya Fasha lebih suka memesan makanan segera melalui talian. Fasha sangat sedih apabila dikurniakan ibu yang tidak pandai memasak.
Fasha memang bersyukur kerana dapat dilahirkan di keluarga yang kaya-raya, akan tetapi Fasha sedih kerana kekurangan kasih sayang seperti rakan-rakannya yang lain. Untuk menelan rasa kesedihan, Fasha mampu mengukir senyuman dengan kerenah rakan-rakan The Wannababes iaitu Shasha, Sazzy, Nana, Fazura, Linda dan Diana.
=Tamat=



+ +