Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

I AM FASHA
Jumaat, 7 November 2014 • 10:03 PTG • 0 comments
Nama saya, Fasharina binti Tan Sri Hisham. Tidak usah diperkenalkan lagi kepada semua. I'm the leader of The Wannababes. Saya paling terkenal, kaya dan bergaya berbanding semua. Saya memandang rendah kepada budak yang tidak sama taraf langsung dengan saya. Pada mata saya, pelajar yang mendapat gred tertinggi adalah budak paling rendah kelasnya. Tidak boleh turut serta bersama The Wannababes untuk menjadi pelajar di kelas pertama.

Pelbagai rintangan saya hadapi bersama-sama The Wannababes. Kami suka membuli! Kami suka berfesyen! Kami suka bercuti! Kami suka bersama-sama! Kami The Wannnababes, tidak akan berpisah buat selama-lamanya! Kami telah berjanji, tidak akan berdiam diri selepas SPM.

Masih segar dalam ingatan, saya membidas kata-kata Cikgu Putra yang sepatutnya dihormati dan disanjungi. Dengan mulut saya yang laser, saya mengguriskan hati beliau tanpa belas kasihan. Akan tetapi, Cikgu Putra tetap tenang dan tersenyum kelat. Saya memang tidak sangka, Cikgu Putra mampu tersenyum! Sesiapa yang terkena penangan mulut laser saya, selalunya akan terketap bibir dan menangis-nangis.

Tidak lupa juga kenangan manis, mata saya terpaut kepada Abang Amir, selaku abang Shazarina binti Azman, yang pernah bergaduh dengan kami. Abang Amir memang seorang yang sangat berkarisma dan jiwang orangnya. Chewahh! Saya memang tidak pernah lupa kenangan manis yang paling indah dalam seumur hidup. 

Oh, jangan lupa! Sewaktu zombie menyerang Sekolah Sri Bangsar. Saya dengan lagak gedik, pantas memberi selayang penumbuk dengan bantuan alatan yang diberi oleh Cikgu Aziz. Oh, memang saya rasa sebagai superheroin yang sangat gedik saat itu! Ala-ala Gadis Bintang dan Sailor Moon! Memang seronok!
Baiklah, cukup sampai di sini sahaja celoteh Fasha! ^__^ Memang tidak habis sekiranya diulangi semula kenangan lama. Menaip sehingga 10 tahunlah jawabnya. Bye, bye! Assalamualaikum!

#KAKFASHARINA



+ +