Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

I AM FAZURA
Rabu, 12 November 2014 • 12:29 PG • 0 comments
Hi! Kali ini giliran Faz untuk berkongsi cerita dengan kalian. Tidaklah terlalu bosan kerana mulut Faz inikan laser! Memang pakar dalam bab mengutuk, berfesyen dan bergosip. Itu memang kepakaran Faz, jangan harap sesiapa dapat mengutuk, akan diheret ke makhamah punya! Haha, jangan memandai-mandai hendak mengutuk Faz! Haih, perangai mengalahkan manusia wujud sedangkan diri sendiri cuma watak novel semata-mata. Muahahaha! Hah, biarpun Faz seorang watak novel, Faz memang diberi watak supaya bermulut laser, salahkah? 

Siapa tidak kenal saya, Fazura Hazura binti Hazim! Mempunyai bau-bau bacang diraja. Walaupun sekadar bau-bau bacang, perangai mengalahkan anak raja! Seringkali menggoda Tengku Affin bin Tengku Suhaimi, yang mempunyai susur galur diraja. Memang Faz tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menggoda anak raja! Muahahahaha!

Masih ingat, saya diupah oleh Tuanku Tiara, ibunda Tengku Affin agar menggoda anaknya habis-habisan. Biarlah Tengku Affin berpaling tadah daripada mengahwini Shazarina yang dibenci! Namun, Faz tersungkur di tengah jalan. Akhirnya Tengku Affin mengahwini Ina jua. Memang jodoh mereka. Huh, terpaksalah saya lepaskan.

But, The Wannababes must with me! My love...love...love best friend! Mereka berenamlah yang sudi menemani saya, tatkala suka dan duka. Huhu, pernah berangan menjadi Ketua The Wannababes, menundukkan Fasha! Mana boleh! Fasha kini tampil lebih berkaliber, sopan dan ayu dengan bertudung. Mana boleh saya menggantikan Fasha yang jauh lebih muslimah! 

Saya pula? Ada kalanya pakaian tersingkap sana sini. Mewarnakan rambut dan dilayang kepada khalayak ramai.Tetapi, saya memang betul-betul terkejut melihat Fasha menjadi jelita dengan bertudung litup, berbaju labuh dan menutup aurat. Saya memang berasa malu! Kini, Fasha, Nana dan Sazzy sudah membuka buku baru. Saya? Bila lagi? Tiada sekelumit pun perasaan ingin beramal ibadat dan menutup buku keburukan. 

Hah, jika ingin tahu lebih lanjut..adakah saya akan terus melayahkan rambut atau melitupinya dengan sehelai tudung, nantikan novel Mr. Right Diraja nukilan Ain Maisarah! Selamat menunggu dan terus bersabar! Jangan pedih-pedih mata menangis kerana lambat diterbitkan! Jangan tuduh sebarangan kepada Faz! Ianya akan diterbitkan! Ya! Faz yakin 200%!

#KakFazuraHazuraHazim



+ +