Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

I AM SHASHA
Sabtu, 8 November 2014 • 12:41 PG • 0 comments

Hai! Nama saya Nur Shasha binti Dato' Saidini. Dari mana asalnya nama Shasha? Haa...nama saya ini berasal dari diri saya sendiri. Sewaktu saya kecil, saya sering menutup muka apabila saudara-mara hadir ke rumah. Oleh kerana itu, saya digelar 'shy shy baby'. Melalui perkataan itu, mama mendapat ilham untuk mencipta nama 'SHASHA'. Hebatkan? :3

Saya berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Bermata sepet dan anak bekas model Singapura, Datin Seri Rina Kirana yang jelita dan menawan. Saya merupakan penolong ketua The Wannababes yang berkaliber dan sentiasa melayan kerenah rakan-rakan.

Ada kalanya, saya sentiasa jenuh melayan Fasha dan Sazzy yang gediknya sama taraf. Diana dan Linda sentiasa mengheret saya ke butik dan salun rambut terkemuka kerana saya adalah bank bergerak The Wannababes. Fazura pula menyuruh saya bekerjasama untuk mengurat Tengku Affin. Hai, susahnya menjadi naib presiden!

Saya tidak terlalu gedik dan terkinja-kinja. Saya lebih cool dan tenang berbanding yang lain. Saya sentiasa digosipkan dengan Yusrizal, selaku atlet sekolah Sri Bangsar. Akan tetapi, kami berdua cuma teman tapi mesra. Tidak lebih dari itu. Yusrizal juga tidak mahu kami lebih rapat hingga melanggar larangan Tuhan.

Masih ingat lagi, saya mendaftar di syarikat IMPIANA. Oleh kerana badan yang terlalu gemuk dan tidak mahu berdiet, saya terus berfikiran pendek dan mendaftar. Saya melanggar larangannya, lalu diseksa habis-habisan. Lily, kucing kesayangan saya hangus dibakar. Burung kakak tua milik papa, Wirawan turut sama digoreng dan papa menangis-nangis kesedihan. Wirawan seekor burung kakak tua yang menemaninya tika membuat kerja-kerja pejabat.

Paling menyeramkan, saya pernah memasuki PENJARA! Saya dituduh membawa barang letupan ke Bali. Sedangkan, saya tidak tahu apa-apa langsung! Pasport dan kad pengenalan saya telah dicuri oleh seorang lelaki yang kacak bernama Fadzly. Dia rupanya hendak menjadikan saya seorang keldai hitam! Urgh! Tidak mahulah! Saya manusia kaya raya dan tidak mahu memilih jalan singkat.

Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang Maha Agung. Kau carikanlah Mr. Right yang sesuai dengan diriku...Amin Ya Rabbal Alamin....

Baiklah, di sini sahaja coretan Shasha! Bye, bye! Jumpa lagi sekiranya boleh! Sayang Blinkers ketat-ketat! ^____________________^

#KAKNURSHASHA



+ +