Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Mrs. Moustachelista!
Jumaat, 7 November 2014 • 9:27 PTG • 0 comments
  
Alisyah Najwa! Mengapa penuh dengan misai di buku latihan kamu ini? Kamu mahu misai seperti Wak Doyok kah?” Cikgu Hanna sudah menjerit lantang. Terbeliak mata Najwa. Guru itu sudah mengangkat buku latihannya yang dicontengkan dengan pen hitam supaya membentuk misai dan mengikut trend terkini, ‘moustache’.

Najwa dengan selamba mengambil buku latihannya dan kembali ke tempat duduknya. Sudah bergelen-gelen amaran yang diberi supaya jangan menconteng buku latihan. Dia tetap degil. Obsesnya kepada moustache memang terlampau. Bukan setakat sebuah buku itu sahaja, kesemua buku latihan diconteng dengan misai yang melentur ala-ala misai Wak Doyok.

Siapa tidak kenal Najwa? Ya, Najwa paling terkenal di dalam Tingkatan 4 Cemerlang atau dikenali sebagai  4 Creative.  Peminat setia kepada Moustache. Semua peralatannya pasti ada lukisan misai itu.  Sehinggakan biliknya sarat dengan barangan yang berbentuk misai! Geli geleman hendak memasuki bilik Najwa kerana ada barangan yang dihiasi Moustache miliknya seolah-olah misai sebenar! Eeee!

“Najwa, beritahu saya. Kenapa awak obses sangat dengan misai itu? Cubalah minat kumpulan K-Pop. Lebih bagus!,” tegur Kaira, selaku rakan sebelah mejanya. Kaira terlalu minat dengan kumpulan K-Pop.  Mampu menghafal setiap nama artis Korea yang berbelit lidah mahu menyebutnya. Apabila disuruh menghafal formula Sains, lidah terbelit-belit pula!

“Korea? Tidak mahulah! Saya tidak suka lagu yang terlalu rancak. Saya mahu ketenangan. Pada saya, moustache ini mampu menenangkan saya. Segala stres saya lenyap secara tiba-tiba.” Jelas Najwa sambil membelek bukunya.

“Jika tidak suka K-Pop, ikut saya! Ke dunia Shironattors! Saya sudah banyak kali bertemu kumpulan Shiro. Mari, ikutlah saya! Lebih tenang apabila mendengar lucunya lawak Shiro!” sampuk Fizzah, rakan karibnya sejak dari bangku sekolah rendah. Obses Fizzah bermula sejak tahun 2013. Terpesona melihat kekacakan Shahrol Shiro dan Ajak Shiro, pelawak paling macho di Malaysia!

“Komedi? Tidak berapa minatlah, maaf.” Jawab Najwa pendek. Obses Najwa kini tiada penawarnya. Matilah! Payah mahu tukarkan minat Najwa. Perlu ada satu minat yang lebih hebat berbanding misai Wak Doyok itu!

“Huh! Misai? Obses pada misai? Melucukan! Lebih bagus awak usap misai bapa awak yang berjambang itu.” Kaira ketawa tidak henti-henti.

“Benar! Misai Wak Doyok awak itu sudah ketinggalan zamanlah. Sekarang ini musim apa? Musim dunia komedi!” tambah Fizzah. Dua gadis itu masih belum henti-henti ketawa. Najwa sudah berkerut-kerut mukanya.

“Hey! Suka hati sayalah mahu minat misai sekalipun! Ada saya kacau minat kamu berdua? Tidak sama sekali! Buang masa sahaja saya layan kamu berdua! Lebih bagus saya duduk sendirian!” Najwa sudah mengherdik dua sahabatnya itu.

Kaira dan Fizzah tertunduk kesal. Aduh! Najwa sudah marah! Mereka berdua sengaja mahu memanaskan hati Najwa yang tadinya sejuk seperti ais. Memang bersalah benar! Najwa pantang apabila seseorang mengutuk moustache kesayangannya itu.
                                                                                             

“Pelik sangatkah moustache ini? Bagi aku, tidaklah pelik. Cantik adalah!” omel Najwa sendirian.  Matanya memandang segenap ruang biliknya. Memang sarat dengan moustache yang berwarna-warni. Semua ahli keluarganya tidak melarang kerana moustache bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Ianya juga tidak menyentuh walau sedikit tentang kesihatan atau keagamaan.

Walaupun obsesnya terhadap moustache yang melampau, amal ibadatnya tidak dipinggirkan. Sedang kusyuk mengedit gambar moustache, terdengar azan menandakan sudah masuk waktu solat, pantas ditinggalkan telefon bimbitnya dan terus mengambil wuduk. Itulah sifat Najwa. Obses tidak mampu menghalang amal ibadatnya.

Bukan sahaja amal ibadat, akademik dan kokurikulumnya turut tidak terganggu walau sedikit. Waktu mengulangkaji amat dititikberatkan. Tidak pernah tercatit dalam sejarah hidup Najwa, dia telah ponteng waktu kokurikulum di sekolah. Pencapaian akademiknya amat memuaskan. Sepanjang hujung minggu, Najwa akan mengulangkaji sambil mengedit gambarnya. Aktiviti itu langsung tidak dimarahi sesiapa.

Lainlah Kaira. Obsesnya telah menghalang segalanya. Soal akademik dan kokurikulum, memang sah-sahlah gagal. Soal amal ibadat, ini bahaya. Pakai sahaja tudung di sekolah, di luar rambut dilayangkan dan diwarnakan mengikut artis-artis Korea. Pakaian juga tersingkap dan terdedah sana-sini. Seperti tidak cukup duit mahu membeli kain di Kamdar!

Fizzah? Fizzah sanggup meninggalkan kelas tambahannya semata-mata mahu bertemu kumpulan Shiro.  Kokurikulumnya tunggang terbalik. Memang sentiasa diberi amaran keras namun tidak dihiraukannya. Fizzah lebih suka ketawa tidak henti-henti sehingga ke pagi.  Baginya, ketawa akan membuat dirinya lulus dalam peperiksaan. Mengarut!

“Tidak kisahlah! Asalkan aku lulus peperiksaan. Obses aku tidak menghalang akademik. Aku akan menjadi orang yang sangat diperlukan satu hari nanti. Percayalah!” Najwa sudah menanam azam. Ya, Najwa tidak akan membuat semua orang menganggu gugat obsesnya!

“Peperiksaan makin hampir, lebih bagus aku ulangkaji.” Bisik Najwa sebelum membuka buku nota dan menghafal ayat-ayat penting.

                                                                                             
Keputusan telah diedarkan….

“Alhamdulillah! Aku lulus kesemua kertas ujian! Syukur!!” Najwa telah melompat keriangan. Melihat kad laporan murid itu semuanya berwarna biru.  Dia satu-satunya pelajar yang telah lulus kesemua subjek.

“Urgh! I’m too stupid!” Kaira dan Fizzah sudah merenyukkan kad laporan murid itu. Najwa terjegil matanya. Apa yang sahabatnya lakukan itu? Itu memang perlakuan yang ‘stupid’ di dalam sebutan Inggeris!

“Kenapa awak renyukkan kad laporan itu?” Najwa sudah menjongket kening kehairanan.

“Kad laporan kami berdua berwarna merah. Semua subjek kami gagal. Maafkan kami ya, Najwa. Kami kutuk minat awak. Minat kami telah mempengaruh akademik sekaligus. Maaf beribu maaf!” balas Kaira dengan intonasi lemah.

“Yalah, minat awak kepada misai Wak Doyok itu langsung tidak mempengaruhi akademik, amal ibadat dan kokurikulum. Selepas ini, kami mahu berubah minatlah! Kami mahu mempromosi moustache ke persada antarabangsa!” Amboi, Fizzah sudah mula berangan-angan!

“Yeah! You can do it, Fizzah!” Kaira sudah menyindir secara halus.

“Huh!” Fizzah menjeling Kaira.

Ketiga sahabat itu ketawa kecil. Ya, azam mereka mahu menjadi orang yang pintar di dalam akademik, kokurikulum dan disayangi Tuhan. Azam baharu mereka! Insyallah tercapai!   

-             - TAMAT-

P        Pengajaran:

Kita tidak salah mempunyai minat. Tetapi, janganlah kita melebih-lebih kepada minat itu. Seimbangkanlah dengan akademik, kokurikulum serta amal ibadat. Jangan biarkan minat kita memonopoli ruang paling penting. Padahal, sedikit pun tidak penting. Fokuskan dahulu akademik, kokurikulum dan amal ibadat. Tiga perkara itu amatlah penting. Jika kita lulus ketiganya, Insyallah, kita menjadi orang berguna!

Sekian, terima kasih.

By: Wan Nur Arliana, Blinkers. 



+ +