Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Mr. Right Cinta - Prolog
Selasa, 23 Disember 2014 • 8:56 PTG • 0 comments
Assalamualaikum, hai semua! Namaku Shazreen Hazwina atau lebih mesra dipanggil Shazreen sahaja. Aku bekerja sebagai seorang jurugambar dan tidak layak dikategorikan sebagai seorang wartawan popular. Aku bekerja di belakang tabir sahaja. Tidak layak langsung dapat popular seperti artis terkenal Miley Cyrus, Mariah Carey dan macam-macam lagi.

Usiaku semakin lanjut. Kini hampir melabuhkan tirai usia 20-an. Aku kini berusia 29 tahun. Masih belum berpunya. Aduh, memang payah mencari calon suami dan diperkenalkan pada ibu dan bapa tatkala pipiku tidak lagi licin (ah, just on the way untuk berkerut!) dan gayaku kini tidak lagi mengikut trend kerana sibuk dengan korum fotografi. Alah, bukan masuk televisyen pun! Tak perlulah berfesyen lip-lap macam Mak Jemah! 
Setiap hari, aku mengikut wartawan bertugas ke majlis-majlis perkahwinan, reunion dan bla...bla... bla untuk menerumamah artis terkenal Malaysia dan mengutarkan kontroversi yang berasak-asak di Twitter. Aku bosan juga, artis Malaysia ini agak mengada-ngada. Hendak gambar yang menarik, tidak kabur dan tidak bergoyang langsung. Aduh, memang naya apabila ada sesi 'photoshoot' mereka! ><
Eh, tutup bab kerja! Kini ops mencari calon suami itu sasaran aku. Tapi bagaimana aku mahu cari calon suami, tatkala kerja aku bertimbun dan usiaku makin lanjut? Mungkin itu tandanya, aku sudah tidak mampu menarik perhatian jejaka Malaya? Oh, no! I can do it! Aku boleh, aku boleh!
Jangan harapkan mamat burger saja aku mampu pikat, aku inginkan artis yang hot dan popular! Aku nak pikat yang paling aku suka. Kriteria yang aku mahu, dia seorang yang soleh, menutup aurat, tidak over dan berkarisma. Tidak hensem tidak apa, asalkan bergaya. Wakakaka! xD 
"Jangan harapkan cinta dari lelaki, aku kena terus berjuang. Aku kena tampilkan popularasi dan kehebatan aku dalam memikat!" - coretan hati Shazreen Hazwina. 
"Tambahan usia kau dah makin melanjut, kau kena cepat cari suami. Nanti kau jadi anak dara tua, muka kemut dan berkerut. Sanggupkah kau nak hidup dengan Dato' yang gatal dan dah beristeri tiga akibat dah terdesak? Janganlah jadi cenggitu! Aku harapkan kau cepat dapat suami. Nanti taklah aku malu dengan photographer yang terdesak cari suami sampai sanggup jadi isteri keempat!" - luahan seorang wartawan popular kepada Shazreen Hazwina.
Tak ada maknanya aku nak kahwin dengan dato yang gatal! Aku akan cuba sedaya upaya mengelakkan perkara itu berlaku. Nanti aku dibuli oleh isteri pertama, kedua dan ketiga! T^T Oh, tidak mungkin! Aku perlu calon suami dan kenalkan pada ibu dan babah. Nanti aku dilabel andartu. >< Ah, jangan haraplah aku boleh mengalah! Aku perlu berusaha habis-habisan!
Kerja, belakang kira. Aku mahu kehidupan aku berada di landasan yang betul. Mana mungkin, aku isteri keempat... dalam hidupku, itu paling gelap, walau dalam susah, setiap hariku, takkan berlakulah! Ooo... *rentak Selimut Tentangga sekejap!*
 
Hah, nak tahu lagi! Nantikan Bab 1 Mr. Right Cinta! Mampukah saya dapatkan calon suami sebelum usia saya 30 tahun? Sabar ya, nanti saya kongsikannya! :) 



+ +