Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

PISAU BUATMU EPS 1
Rabu, 8 Julai 2015 • 3:27 PG • 0 comments
                           

 
PISAU BUATMU - Eps 1

"Adik! Stop playing with the knife!" Zaara mengeluh berat. Terasa gerun melihat pisau yang diasah oleh Zafira yang dijadikan permain buatnya. Tidak seperti kanak-kanak yang lain yang gemarkan Iphone, Ipad dan Ipod sebagai peneman setia, berbeza dengan Zafira.

Mandi dengan pisau, tidur berpelukan dengan pisau, apabila makan, pasti pisau berada di sisi. Tidak lupa ketika menyiapkan kerja rumah, sebilah pisau juga berada di sebelahnya.

Zafira menyimpan koleksi pisau dengan sempurna. Pisau rembo, pisau masakan.... bermacam-macam jenis pisau dikumpulnya di dalam sebuah bagasi mini dan diletakkan rapi di bawah katil. Risau pula dijumpai oleh ahli keluarga yang lain.

Sememangnya obses Zafira terhadap pisau memang tidak ada pengganti. Berilah Iphone 11 sekalipun, dia pasti menolak sambil mengasah pisaunya. Iphone 11 pun dipandang sebelah mata, bagaimana pula dengan Iphone 22323 pula? 

"So? It's my hobby. Do your own business, please? Don't disturb me!" Zafira menjeling sinis. Mulutnya terkumat-kamit, lagak membaca jampi serapah.

"Ira, Ira tahu tidak, bila-bila masa sahaja sesiapa akan terbunuh sekiranya Ira tersilap langkah? Ira mungkin dipenjara!" Zaara mula bertegas. 

Zafira membalas, "So? I don't care! Pandai-pandailah jaga diri sendiri! I never care about it! It's my hobby. Playing and collecting knives,"

"Ungku Zafira Nabihah binti Ungku Zafriel! Tidak pernah dibuat orang mengumpul pisau! Remaja macam kamu ini selalunya kumpul setem atau lebih bagus kumpul duit untuk masuk universiti!" Zaara bertegas lagi. Dia sudah gerun dengan perangai adiknya yang gemar membaling pisau di merata-rata tempat. Katanya, itu merupakan pengganti permainan 'dat' yang rosak kerana kayunya yang rapuh.

"Kumpul setem? Huh! Kakak ini orang zaman 70-an? Mahu kumpul setem! Very not up to date! Bored! Bosan! Buat apa mahu kumpul duit? Buang masa kerana keluarga kita sudah ada duit yang melimpah ruah! Sehingga tidak tahu hendak buat apa lagi dengan duit itu!" Zafira berkeras. Kelihatan dua bilah pisau rembo berada di dalam genggaman Zafira. Bila-bila masa sahaja, pisau itu akan melekat di perutnya.

Zaara mengundur dua tapak ke belakang seraya berkata, "Depan bonda dan ayahanda, bukan main baik lagi ya! Kononnya sedang membaca buku! Tetapi apabila bonda dan ayahanda 'outstation' sahaja, kamu jadi seperti bangkai bernyawa! Tidak berguna!''

"Abang sokong kamu Zaara. Dahulu abang pernah menyelongkar bilik Zafira kerana mahu ambil semula album setem abang. Apa yang abang jumpa hanyalah sepuluh bilah pisau di atas almari. Setem-setem abang pula berterabur di dalam biliknya. Bantalnya habis dicucuk-cucuk dengan pisau sehingga terkeluar kekabunya," muncul Zamri, abang sulung dalam keluarga mereka dari belakang. Zamri merupakan graduan dari Universiti Oxford dan berjaya memperoleh PhD.

"Urgh! Busybody! I hate it! Don't disturb me!" Zafira mengambil pisau-pisaunya yang bertaburan di atas lantai lalu masuk ke dalam bilik.

PANG! Bunyi pintu bilik Zafira dihempas kuat.

Zaara dan Zamri hanya memandang sesama sendiri sebelum menggeleng berkali-kali. Hai, Zafira, Zafira. Moga-moga engkau berubah juga...

Bersambung...
#pisaubuatmu



+ +