Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Special Entry Hari Jadi : Usia.
Ahad, 4 Oktober 2015 • 6:54 PG • 0 comments


Hari ni hari Ahad! Hari apa? Hari jadi cheq! Yeeha! Sememangnya berlonggok ucapan 'Sanah Helwah' kat Facebook, Instagram and Twitter. By the way, terima kasih tahap 10 tan kepada semua yang sudi wish kat cheq. Saayang hangpa!

Tak sangka aku dah tua. Umur aku dah meningkat. Umur tak boleh diputar balik. Setiap perkara bakal menjadi satu memori yang terindah selama-lamanya. Oh, sedihnya! Mungkin memori manis yang kita lalui terasa mahu diulangi berkali-kali. Takpelah, dah takdir.

Ok, sebenarnya tajuk utama yang aku nak ketengahkan kali ni berjudul "Usia." Seperti yang diceritakan, aku mahu cakap pasal usia. Yelah, dah dua kali aku cakap! K, hope faham perenggan ni.

Usia. 

Yes, usia bermaksud umur. Umur merupakan kiraan beberapa tahun untuk sesuatu objek seperti manusia, bangunan, pokok dan sebagainya. Yang penting, umur ini bertukar setiap setahun pada tarikh ia dimulakan atau dicipta. Bagi manusia, tarikh pertukaran ini disebut 'Hari Lahir' atau 'Hari Jadi'. 

Sambutan Hari Lahir disambut setiap tahun. Ianya disambut oleh setiap kaum dan bangsa. Ianya disambut oleh setiap lapisan masyarakat dengan cara yang berbeza. 

Mungkin pada kanak-kanak, ianya dianggap hari memotong kek, hari mendapat hadiah dan hari peniupan lilin. Ianya disambut dengan penuh kegembiraan dan suapan kek oleh ahli keluarga. Bermacam-macam hadiah mereka terima seperti komik, alat permainan dan mungkin anak patung yang comel.

Pada kaum dewasa, ianya mungkin tidak terlalu disambut. Masing-masing sibuk bekerja dan tidak sempat mengadakan majlis. Dan yang penting, mereka sibuk dengan timbunan fail yang perlu diselesaikan dengan masa yang singkat. Dan pada masa itu, merupakan tarikh hari jadi mereka. 

Jadi, bermacam cara kita boleh ucapkan ucapan tersebut seperti melalui surat-menyurat, emel, laman sosial atau perhubungan bukan maya. 

Hargailah rakan baik anda dan berikannya sekotak hadiah yang memadai untuknya sempena hari jadi. Biarkan hadiah itu boleh dijadikan kenangan dan cukup untuk menjadikan barang peringatan untuknya. :)

Sekian, entri hari ini.






+ +