Infinite Reana~


Holla!


Annyeonghaseyo! Assalamualaikum! Welcome to Wawan's Bloggie! Don't forget to follow me! Macam-macam korang takkan terlepas!

XOXO, BlureenaReana.



Home Who What Follow Where

COMMENT PLEASE :)



Credits

Template By : Safira Nuril Izzah
Basecode: Nurul Atiqah
Helping: Arrien Inspirit
Owner: Infinite Reana (BlureenaReana)

Special Entry Hari Jadi : Usia.
Ahad, 4 Oktober 2015 • 6:54 PG • 0 comments


Hari ni hari Ahad! Hari apa? Hari jadi cheq! Yeeha! Sememangnya berlonggok ucapan 'Sanah Helwah' kat Facebook, Instagram and Twitter. By the way, terima kasih tahap 10 tan kepada semua yang sudi wish kat cheq. Saayang hangpa!

Tak sangka aku dah tua. Umur aku dah meningkat. Umur tak boleh diputar balik. Setiap perkara bakal menjadi satu memori yang terindah selama-lamanya. Oh, sedihnya! Mungkin memori manis yang kita lalui terasa mahu diulangi berkali-kali. Takpelah, dah takdir.

Ok, sebenarnya tajuk utama yang aku nak ketengahkan kali ni berjudul "Usia." Seperti yang diceritakan, aku mahu cakap pasal usia. Yelah, dah dua kali aku cakap! K, hope faham perenggan ni.

Usia. 

Yes, usia bermaksud umur. Umur merupakan kiraan beberapa tahun untuk sesuatu objek seperti manusia, bangunan, pokok dan sebagainya. Yang penting, umur ini bertukar setiap setahun pada tarikh ia dimulakan atau dicipta. Bagi manusia, tarikh pertukaran ini disebut 'Hari Lahir' atau 'Hari Jadi'. 

Sambutan Hari Lahir disambut setiap tahun. Ianya disambut oleh setiap kaum dan bangsa. Ianya disambut oleh setiap lapisan masyarakat dengan cara yang berbeza. 

Mungkin pada kanak-kanak, ianya dianggap hari memotong kek, hari mendapat hadiah dan hari peniupan lilin. Ianya disambut dengan penuh kegembiraan dan suapan kek oleh ahli keluarga. Bermacam-macam hadiah mereka terima seperti komik, alat permainan dan mungkin anak patung yang comel.

Pada kaum dewasa, ianya mungkin tidak terlalu disambut. Masing-masing sibuk bekerja dan tidak sempat mengadakan majlis. Dan yang penting, mereka sibuk dengan timbunan fail yang perlu diselesaikan dengan masa yang singkat. Dan pada masa itu, merupakan tarikh hari jadi mereka. 

Jadi, bermacam cara kita boleh ucapkan ucapan tersebut seperti melalui surat-menyurat, emel, laman sosial atau perhubungan bukan maya. 

Hargailah rakan baik anda dan berikannya sekotak hadiah yang memadai untuknya sempena hari jadi. Biarkan hadiah itu boleh dijadikan kenangan dan cukup untuk menjadikan barang peringatan untuknya. :)

Sekian, entri hari ini.





Medan KEYBOARD WARRIORS
Ahad, 16 Ogos 2015 • 5:34 PG • 0 comments

SIAPA DIRIKU
WHO AM I

Kenapa zaman sekarang bergelen keyboard warriors? Nak caci kemainnn~ Bila orang bash sentap. What da means! Aku memanglah like page cam Era.FM, ROTIKAYA and others. Asal diorang update gambar artis tak pakai tudung, nak bash. "Rambut tu sehelai pun bla bla bla"

Memang bagus nak tegur, tapi leklok la. Tak payah nak bersindir bagai. TAHU TAK BOLEH BUAT ORANG LAIN SENTAP?! Kalau artis tu tak tau korang bash dia, tu boleh dikira kutukan tak bertempat dan berdosa. 

Berhati-hati ketika komen.

Jangan main ikut sedap ajinamoto je.

XOXO,
Infinite Reana.


Trial UPKK 2015
• 5:08 PG • 0 comments

Annyeong! Haha, lama aku tak on! xD Opkosh takde siapa rindu sama cheq. Alah, biasalah masalah budak sekolah. EXAM, EXAM, EXAM. Laptop pulak aku kena cari habis-habisan. T^T

Weekk, trial UPKK haritu bolehlah. Tapi ustazah kata 8 orang fail Jawi. Moga-moga aku tak tergolong dalam orang-orang sebegitu. Sebab masa ujian kemasukan Kem Cemerlang Jawi SKPJ lepas, aku selamat. Ya Allah, memanglah. --" soalan kacang mak lodeh soalan KCJ tu. 

Sepanjang sebulan hari raya, aku tak pernah update blog. Yelah, rumah open house banyak. Luls, tak pergi pun. xD Sebenarnya takde mood nak ngupdate. Bai de wei, (by the way) aku dah buat Wattpad. Lehlah baca story and follow. Nama?
ID: BlureenaReana
Update Stories (setakat ni) : Siapa Diriku

Jangan lupa baca~~

XOXO,
Infinite Reana.


AIDILFITRI
Jumaat, 10 Julai 2015 • 1:13 PG • 0 comments
Hello! Haa...dah hampir sebulan kita berpuasa. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 1 Syawal.  Rasa cam tak percaya gak lepas rasa 'lapar, lapar haus haus'. Sekejap je semua tu, pukul 7.30 dah nak berbuka. Ehehehe, 13 jam je. Bukan 24 jam. Kita perlu faham makna PUASA DI RAMADHAN dengan betul. Bukan coz nak beli ketupat, rendang ngan lemang je.

Persiapan raya? Hurm..belum buat lagi. HAPOO?! 

Ekekeke, baju raya, tudung dah beli. Tinggal kuih-muih yang kena buat dan beli tu je. Ngeh ngeh, tak sabar nak collect duit raya. Choi, aku dah besaq. Nak beraya dengan semua sahabat handai yang disayangi di area Pakatan Jaya. :)

Tak sabarkan bila nak sambut raya. Tapi ingat ehh kengkawan sekalian! Syaitan akan kambek! LOOL.

Nak tulis panjang, tapi tak hadoo idea.

Insyallah, Wawan akan upload gambar hari raya. :D By de way, shelamat hari rayoo maaf zahir dan batin. :)

- Wawan's-


PISAU BUATMU EPS 1
Rabu, 8 Julai 2015 • 3:27 PG • 0 comments
                           

 
PISAU BUATMU - Eps 1

"Adik! Stop playing with the knife!" Zaara mengeluh berat. Terasa gerun melihat pisau yang diasah oleh Zafira yang dijadikan permain buatnya. Tidak seperti kanak-kanak yang lain yang gemarkan Iphone, Ipad dan Ipod sebagai peneman setia, berbeza dengan Zafira.

Mandi dengan pisau, tidur berpelukan dengan pisau, apabila makan, pasti pisau berada di sisi. Tidak lupa ketika menyiapkan kerja rumah, sebilah pisau juga berada di sebelahnya.

Zafira menyimpan koleksi pisau dengan sempurna. Pisau rembo, pisau masakan.... bermacam-macam jenis pisau dikumpulnya di dalam sebuah bagasi mini dan diletakkan rapi di bawah katil. Risau pula dijumpai oleh ahli keluarga yang lain.

Sememangnya obses Zafira terhadap pisau memang tidak ada pengganti. Berilah Iphone 11 sekalipun, dia pasti menolak sambil mengasah pisaunya. Iphone 11 pun dipandang sebelah mata, bagaimana pula dengan Iphone 22323 pula? 

"So? It's my hobby. Do your own business, please? Don't disturb me!" Zafira menjeling sinis. Mulutnya terkumat-kamit, lagak membaca jampi serapah.

"Ira, Ira tahu tidak, bila-bila masa sahaja sesiapa akan terbunuh sekiranya Ira tersilap langkah? Ira mungkin dipenjara!" Zaara mula bertegas. 

Zafira membalas, "So? I don't care! Pandai-pandailah jaga diri sendiri! I never care about it! It's my hobby. Playing and collecting knives,"

"Ungku Zafira Nabihah binti Ungku Zafriel! Tidak pernah dibuat orang mengumpul pisau! Remaja macam kamu ini selalunya kumpul setem atau lebih bagus kumpul duit untuk masuk universiti!" Zaara bertegas lagi. Dia sudah gerun dengan perangai adiknya yang gemar membaling pisau di merata-rata tempat. Katanya, itu merupakan pengganti permainan 'dat' yang rosak kerana kayunya yang rapuh.

"Kumpul setem? Huh! Kakak ini orang zaman 70-an? Mahu kumpul setem! Very not up to date! Bored! Bosan! Buat apa mahu kumpul duit? Buang masa kerana keluarga kita sudah ada duit yang melimpah ruah! Sehingga tidak tahu hendak buat apa lagi dengan duit itu!" Zafira berkeras. Kelihatan dua bilah pisau rembo berada di dalam genggaman Zafira. Bila-bila masa sahaja, pisau itu akan melekat di perutnya.

Zaara mengundur dua tapak ke belakang seraya berkata, "Depan bonda dan ayahanda, bukan main baik lagi ya! Kononnya sedang membaca buku! Tetapi apabila bonda dan ayahanda 'outstation' sahaja, kamu jadi seperti bangkai bernyawa! Tidak berguna!''

"Abang sokong kamu Zaara. Dahulu abang pernah menyelongkar bilik Zafira kerana mahu ambil semula album setem abang. Apa yang abang jumpa hanyalah sepuluh bilah pisau di atas almari. Setem-setem abang pula berterabur di dalam biliknya. Bantalnya habis dicucuk-cucuk dengan pisau sehingga terkeluar kekabunya," muncul Zamri, abang sulung dalam keluarga mereka dari belakang. Zamri merupakan graduan dari Universiti Oxford dan berjaya memperoleh PhD.

"Urgh! Busybody! I hate it! Don't disturb me!" Zafira mengambil pisau-pisaunya yang bertaburan di atas lantai lalu masuk ke dalam bilik.

PANG! Bunyi pintu bilik Zafira dihempas kuat.

Zaara dan Zamri hanya memandang sesama sendiri sebelum menggeleng berkali-kali. Hai, Zafira, Zafira. Moga-moga engkau berubah juga...

Bersambung...
#pisaubuatmu


TOP 5 BEST SONG EVER!
Ahad, 21 Jun 2015 • 2:54 PG • 0 comments

Salam Ramadhan! :D



5. Najwa Latif - Satu Hari Nanti
Note : Lagu ini mempunyai makna yang mendalam dan Wawan memahaminya.  ;) 

4. Dayang CP3 - Tempatkan Ku
Note : Suara Dayang merdu, lunak dan seronok didengar. #juaracp3

3. Vanessa CP3 - Kelmarin
Note : No comment. Pelapis Jaclyn Victor. ;)

2. BigBang - Loser
Note : Lagu ini best, dan Seungri comel! xD 

1. BigBang - BaeBae
Note : Rentak awal lagu ini mirip muzik Sada Borneo. ;)

#Kpoppers #CP3 #NajwaLatifFC


SALAM RAMADHAN 2015
• 2:34 PG • 0 comments


SALAM RAMADHAN! 

Kita kawal nafsu, 
Kita sabar.
Kita perlu menjaga aib.

YUSOOF TAIYOOB!


#kosongkosong 

:D #entripendeksambilkelaparan




+ +